Adab dan Akhlak Islamiah


Adab Mengurus Diri

Maksud mengurus diri ialah seseorang itu mengambil berat terhadap dirinya sendiri meliputi aspek kebersihan, kesihatan, pengurusan masa dan tata hias.

Aspek Mengurus Diri

1.Dalam aspek Kebersihan
Menyucikan diri daripada hadas dan kekotoran. Cara membersihkan diri adalah dengan mandi dan berwudu’.

2.Dalam aspek Kesihatan
-Memakan makanan yang halal, seimbang dan berzat.
-Hendaklah bersopan ketika makan, membasuh tangan, membaca bismillah dan berdoa.
-Dilarang makan berlebih-lebihan, membazir, makan sambil berdiri, berbaring dan bermain.
-Digalakkan beriadah untuk menyihatkan badan dan minda.

3.Dalam aspek Pengurusan Masa
-Menggunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah.
-Dilarang membuang masa, menangguhkan urusan dan tidak menepati masa.

4.Dalam aspek tata hias
-Berhias diri supaya kemas dan cantik seperti menggunting rambut, memotong kuku, menggosok gigi, berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat.
-Dilarang membazir dan keterlaluan ketika bertata rias.

 Kebaikan mengurus diri

1. Kebersihan
  • Kesihatan terjamin
  • Mudah mendapat kawan.
  • Mendapat pahala.
  • Disukai oleh kawan.
2. Kesihatan
  • Jasmani sihat.
  • Dijauhi penyakit.
  • Tubuh cergas.
3. Pengurusan Masa
  • Bertanggungjawab.
  • Dapat memikul tugas dengan baik.
  • Penyusunan tugas yang baik.
  • Mendapat kejayaan.
4. Tata Hias 
  • Membina keyakinan diri.
  • Penampilan ceria.
  • Mudah mendapat kawan
  • Kemas.
 Akibat Mengabaikan Pengurusan Diri 

1. Kesihatan
  • Tubuh mendapat penyakit.
  • Badan menjadi lesu.
  • Fikiran menjadi lemah.
2. Masa
  • Masa terbuang tanpa faedah.
  • Kerja tidak sempurna.
  • Tanggungjawab terabai.
3. Kebersihan dan Tata Hias 
  • Aktiviti terganggu.
  • Ibadat terjejas.
  • Kawan-kawan menjauhkan diri.
 

No comments:

Post a Comment