Sirah

Isra' dan Mikraj


Pengertian
v  Isra’      : Perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin.
v  Mikraj  : Pejalanan Rasulullah dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Sidratul Muntaha.

Masa Berlaku
Malam 27 Rejab, tahun ke-11 kerasulan

Peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah sebelum Isra’ dan Mikraj
§  1. Kewafatan Abu Talib, bapa saudara Rasulullah.
§  2. Kewafatan Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah.
§  3. Penolakan keras penduduk Thaif terhadap dakwah Islam.
§  4. Peristiwa pada malam sebelum berlaku Isra’
      
Malaikat Jibril bersama bersama dua malaikat lain membelah dada Rasulullah dan mengeluarkan hati baginda. Kemudian, membasuhnya dengan air zamzam dan memasukkan iman serta hikmah ke dalam dada baginda sebagai persediaan Isra’ dan Mikraj.

Perkara-perkara yang berlaku semasa Isra’ dan Mikraj.
Peristiwa
Tafsiran
Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Kemudian, keluar hasil baru seolah-olah belum dituai.
Pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu. Kemudian, kembali sembuh. Selepas itu, mereka memecahkan kepala semula berkali-kali.
Orang yang malas solat.
Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka.
Orang yang membuat fitnah.
Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu kerana terlalu berat, tetapi menambah kayu yang lain.
Orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah lagi.

Cerita Rasulullah mendapat perintah ibadah solat.
Semasa berada di Sidratul Muntaha, Rasulullah menerima perintah menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam. Setelah dinasihatkan oleh Nabi Musa, baginda merayu kepada Allah supaya dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja.

Pengajaran yang didapati dari peristiwa tersebut
·         1. Mengakui kebesaran Allah.
·         2. Nabi Muhammad adalah Rasul yang paling mulia.
·         3. Menunaikan solat fardhu adalah wajib.
·         4. Memperbanyakkan amalan kebajikan.
·         5. Menjauhi perkara munkar dan maksiat.
·         6. Jujur dan amanah.

No comments:

Post a Comment