Ibadah

Tayammum

Pengertian Tayammum
Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan beberapa dan beberapa syarat disertai niat.

Tatacara Tayammum (Rukun)
  1. Niat
  2. Menyapu debu tanah ke muka
  3. Menyapu debu tanah pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku
  4. Tertib
Sebab-sebab tayammum
  1. Apabila tiada air atau ada air tetapi cukup dan hanya boleh digunakan untuk keperluan diri dan ternakan sahaja.
  2. Ketiadaan air mutlak.
  3. Cuaca yang terlalu sejuk.
  4. Sakit pada anggota wuduk jika terkena air.
Syarat-syarat tayammum
  1. Bertayammum apabila masuk waktu solat.
  2. Telah berusaha untuk mendapatkan air atau tidak dapat menggunakan air.
  3. Menghilangkan najis sebelum melakukan tayammum.
  4. Hendaklah menggunakan debu tanah yang suci, bukan yang musta'mal.
  5. Sekali bertayammum untuk sekali solat fardhu sahaja.
Perkara-perkara yang membatalkan tayammum
  1. Melakukan perkara yang membatalkan wudhu'.
  2. Diketahui ada air sebelum bersolat atau ketika Takbiratulirham belum selesai.
  3. Sembuh daripada sakit.
  4. Luput waktu solat.
  5. Murtad-keluar daripada Islam.
Hikmah diharuskan tayammum
  1. Keringanan kepada umat Islam yang uzur.
  2. Membuktikan agama Islam itu mudah dan ajarannya mampu dilaksanakan.
  3. Menunjukkan pentingnya melaksanakan ibadah solat.
  4. Melatih diri supaya tidak bersikap takbur.

No comments:

Post a Comment