Akidah

Allah bersifat Iradah

Pengertian Iradah       
Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu.
           
Hukum mempercayai Allah bersifat Iradah ialah wajib

 Tujuan beriman dengan sifat Iradah
  • Redha dengan Iradah
  • Iman menjadi kuat
  • Tawakkal kepada Allah
Akibat mengingkari sifat Iradah Allah
  • Putus asa 
  • Merosakkan iman
  • Lupa diri
  Perbezaan kehendak Allah dengan kehendak manusia.
Kehendak Allah
Kehendak Manusia
·         Iradah Allah pasti berlaku, tiada sesiapa yang boleh menghalang Iradah Allah.
·         Kehendak manusia tidak semestinya berlaku. Ini bergantung kepada Iradah Allah SWT.
·         Iradah Allah tiada batasan dan sempadan.
·         Kehendak manusia mempunyai batasan kerana manusia tidak kekal (fana’).

________________________________________________________

Allah bersifat Ilmu

Pengertian Ilmu
Ilmu adalah pengetahuan sebenar tentang sesuatu perkara. Maksudnya Allah SWT mengetahui segala-galanya sama ada yang lepas, yang sedang dan yang akan datang.

Hukum beriman kepada Allah bersifat Ilmu ialah wajib yakin bahawa Allah bersifat Ilmu iaitu Maha Mengetahui.

Sifat ilmu Allah
  • Ilmu yang dikuasai oleh manusia amat sedikit jika dibandingkan dengan Ilmu Allah. Ilmu Allah amat luas tiada batasnya.
  • Allah mengetahui segala perkara yang telah, sedang, dan akan berlaku.
  • Jika Allah tidak bersifat ilmu, pasti Allah tidak dapat menjadikan manusia, binatang, cakerawala dan alam keseluruhannya.
Tujuan beriman dengan sifat Ilmu Allah
  • Jujur dalam amalan.
  • Rajin menuntut ilmu
  • Takut kepada Allah
  • Bersemangat melakukan amal kebajikan.
  • Berfikir ke arah kebaikan.
Akibat Mengingkari sifat Ilmu Allah
  • Merosakkan Iman.
  • Malas berusaha.
  • Tidak jujur.
  • Sombong.
  • Melakukan Kemungkaran.
Perbezaan Pengetahuan Allah dengan manusia

Pengetahuan Allah
Pengetahuan manusia
-Tiada permulaaan.
-Sentiasa benar.
-Tidak terbatas.
-Tanpa perantaraan.
-Mengetahui perkara yang akan berlaku.
-Mengetahui perkara ghaib.
-Ada permulaan.
-Boleh jadi benar atau salah.
-Terbatas.
-Menggunakan perantaraan.
-Tidak mengetahui perkara yang akan berlaku.
-Tidak mengetahui perkara ghaib.

No comments:

Post a Comment